Tuesday 27 October 2009

Aku JeleZZZ..

since skrg aku xda bf...xda sebab aku nak jeloz2 xtentu pasal..pd seseorg
but today my jelousi tiba2 hadir..
aku jeles dengan semua org!!!!...

1st - aku jeles ngan org yg ada bf...sbb aku xda..
aku tgk org len senang ja dpt bf..snng ja bercinta..
siap kadang2 berpisah ja..ada bf baru..
tapi kenapa aku susah..nak dpt sorg pun ssh..
am I had somethin wrong somewhere??...
ramai kata aku jual mahal..betui ka??..bila fikir2 balik ada betui juga..
aku xpernah nak bagi peluang kat org untuk mengisi hati ini..hikhik
xbleh la..aku nyesal la bila fikir2 balik..maybe aku terlalu mencari yg sempurna
but in reality nobody is perfect...I suppose to learn a lot of thing bout how to accept others flaw coz i'm not flawless too..
others reason...aku takut nak bercinta...coz aku takut perpisahan...perpisahan mmg menyakitkan..
aku pernah bercinta n aku pernah berpisah...aku tahu sakitnya hati..so aku takut nak ulang balik kesakitan itu..even kami berpisah secara baik
Bila aku sayang seseorg..sayang itu susah nak hakis dari hati...n sbb itu aku fikir better aku tak menyayangi sapa2..but da truth i'm da lonely one...
patutkah aku membuka hati aku kembali or biar aku ja yg ngorat org...tapi sapa ek??
dah lama xguna skill2 ngorat..ntah berkesan or x lagi..hihi..yg penting cuba dlu..tapi sapa ek??

2nd- aku sangat2 jeles org yg teror english ni..
why ar..ssh sangat english ni nk mendap dlm otak ngan lidah aku..
dr sekolah rendah sampai universiti..mak aku,sedara aku..kawan2 aku semua pesan
english is important..but xtau la knp aku bengap sgt english...
jeles aku lg meluap2 kalu tgk blogger2 yg guna english..n they're very fluent in writing n they hv very powerful grammar....GRAMMAR..satu bnda yg aku sgt2 lemah..
satu lg my pronounciation..." I sound silly when speak english"..:( pity of me
Every I'm trying to get improvement for eng..but nothing improve until now..pity of me again
Aku kena daftar satu kursus yg khas untuk bljr eng balik..
n aku kn diberi cikgu yg betui2 displin dgn eng..kasi bengap aku ni boleh dilupuskan..:(
very pity of me...org len yg berjabu cakap eng tapi aku tergagap2..lembab..lampy..lampu..lamlam..semua la..

3rd - aku jeles dgn org n kawan2 yg dah terbang ke luar negara..
waaah..bestnya tgk2 negara org ni....aku pun nak pi juga
kalu aku tgk foto2 kawan2 yg ada di oversea..meluap2 jeles aku..rs nak terbang ja g situ time 2 jg
Tgk dlm pic or tv..xsebest dpt tgk real ngan mata sendiri..
bila la agaknya aku boleh g sana??

4th - aku jeles ngan org2 yg teror coding dgn selambanya
geram + benci + jeles+++ ngan org2 yg wat coding mcm mkn keropok..
kalu skrg aku jd seorg doktor..maka aku tidak sesekali membenci or jeles ngan programmer2 ni
but aku dah terlibat dgn dunia kekodingan so..aku harus jeles dgn depa..hahah..diorg la
Aku terpaksa tenung seharian mencari kesalahan or memikirkan mcm mn nak bg running
dgn jaya nya..tapi xberjaya juga...dan aku dh try pelbagai cara..
tapi bila aku bw masalah kepada org2 yg gila code ni..seminit ja bnda tu setel..geramnya
that y la ada perkataan PAKAR...nk jd pakar dlm programming..anda perlu bertentang mata
dgn code selama 20jam sehari..hahah boleh ka?
10minit pun buat aku mcm nk muntah..so smpi bila aku nk jadi pakar ni..
dah terlanjur masuk IT ni....nak xnak benda ni kena teror juga la..
xkan aku nk jd chef plak..tunjuk degree IT aku...hikhik
actually xrugi pun aku ambik IT cuma aku rs modul yg dipelajari di U dlu ja merugikan
hahah..sbb byk teori dr prak..
IT is important now....so anda bleh berkerja dimana2 sahaja yg anda mahu tapi hanya dibahagian IT..jgn nk keja hosp minta jawatan doktor..konfem dihantar ke tanjung rambutan..xmo aku..:D

5th - aku jeles dgn org yg adik beradik ramai..lagi2 yg bil nya dah terlebih2 2,2 jari..
Ada org kata adik-beradik ramai menyusahkan..but 4 me mereka2 yg terpilih mempunyai adik beradik ramai ini adalah sangat untung...
They must thankful to god coz give them a huge2 family but no like me..I just thank you coz I still hv mum n dad...they are a lot of people do not hv anything.. in this world
1- huge family is hapy coz u never feel lonely or bored like me..
2 - they alwayz hv company anytime..anywhere...adik beradik xsm mcm kawan.ikatan darah xkan terputus mcm kawan
3 - easy to them to get help... everything done is bout love...luv of family..how sweet n never for me to get it..
whateva...I never blame da god..coz god know da best 4 my life..n that y god choose me to live in very small family....

Kalu aku nk senaraikan..banyak2 dan terlalu byk sbb benda2 kecil pun aku boleh jeles..
aku rs jeles aku..jeles +ve..am I right??
apa pun dlm hidup ni..kalu kita tahu bersyukur dan sentiasa memaafkan org len..
hidup akan tenang lg nikmat...kalu dpt semua yg kita mahu tapi hati xtenang pun susah juga
alwayz hapy..hapy..n hapy..n never forget Allah..n Allah never forget us...

JeleZZZ..

I hate Stomachache!!!!

Hate..very2 hate stomachache..headache..teethache..n bermcm2 ache..;p
aku mkn terlampau byk..smpi sengkak perut..n skrg..aku xtahan nk tanggung
really2 pain...tdo skit,duduk skit..berdiri sakit ...berlari pn sakit..
xkn nk period?? lama sgt..dah 4hari
semua ni start ari sabtu lepas...aku mkn dr pagi sampai malam xberenti..
skrang padan muka aku..huarrrgh sakit2..
lagi makan lg sakit..angin ka?....wahai angin keluar la kamu dr perut aku..
aku dh xtertahan dah...

Tuesday 8 September 2009

090909

9 September 2009,

the beautiful date today!!!...

xsilap aku hari ni birthday ex rumate aku yang aku jarang bercakap tu..
budak 1st year...nak kata sombong tu xda la...tp adala sket2..hahahahha

Aku xboleh lama..hari ini aku dah start ada keja..so,aku xleh karang panjang2 walaupon niat aku nak berceloteh pnjg2..

bye2..bos dah jeling2..kuang2!!

Monday 7 September 2009

aku di alam yang baru

Di mula kan dgn Bismillah...;p
Rupanya dh lama aku xon kan blog aku ni..
asyik dok membaca blog org lain ja..
sronok baca blog org tapi blog sendiri aku mls nak karang..

Hari ni! tepat 8 pg..Aku selamat masuk dunia baru aku...
study life dah berakhir..tuk degree la..master ngan phD xtau la bila plak.
Now..I have a new life ....work life...hahahaha..adakah sama mcm Industrial Training..
of course la ..sama.Bezanya..kali ni aku keja kat negori mana tumpahnya darah aku..
sekurg2nya aku boleh balik posa kat umah...heheh

Plamera Technology Sdn Bhd....aku kerja kat sini la
xterkenal lgsg pon..mybe org2 majlis perbandaran pulau pinang kenai la kot..
coz diorg slalu dpt kontrak kat situ..hahahhah

First day mestila bosan..hehehe..xda keja..sbb tu la aku terpaksa karang blog..heheh
Apapun..aku ucapkan tahniah atas diri sendiri sbb aku dpt keja..hahahah
poyo..umi poyo..

Thursday 16 April 2009

Ayok!!..wa sudah tua loo

Hepi besday to me....hepi besday to me..
(13 April 2009 selamat la menyambut ulang tahun kelahiran yg ke 22 tahun)
hahahaha...kena cepat kawen nih..

Besday tahun ni macam tahun2 sebelumnya...biasala sejak masuk U ni..besday aku akan jatuh time exam...dekat2 nak exam...time2 genting la...time yg xley nak enjoy dah...sodih..:(
Tapi kot mn pun aku balik jugak umah aku yg dah berbulan2 aku xtgk...
dapat tgk muka mak ngan abah aku time besday pun dah cukup enjoy bagi aku..he2
lgpun kat kampung..dah tua2 ni org xsambut besday dah...so 13 april tu sama ja bagi aku...yg berubah umor aku....dah tua loo aku nih..tp muka maintain muda..
anak sepupu aku yg baru 4 tahun pun cakap...

"cik mi ni kecik ja...besar alia ja.."

Aku gelak ja...mcm2 la dak tu, nak ambik hati aku la tuh..pastu ngutuk mak dia plak..

"Mummy alia gemok...abah pun gemok..."

hahahaah..mau kena sepak mak dia dengor...hahaaha.
dah2 aku nak sambung keja....xsedor diri aku ni..next week dah nak exam...hehe

Sunday 5 April 2009

Adakah anda semulia cerita ni??

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.
Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.
Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.
Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , ‘harta’ yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.
Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.
Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.
Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.
Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.
Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :” Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana.”
Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.
“Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka,” ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.
Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.
Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:” Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.
Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.
Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:”Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?”
Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.
Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida ‘bertubi-tubi’ sambil bersedekah.
Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.
“Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.
“Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu,” katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata…gembira.
Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya ‘harta’ yang ada. Subhanallah.
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan